ASAL USUL KAMPUNG PINGGAN-PINGGAN

Nama Kampung Pinggan-Pinggan diambil dari kisah seoarang penduduk terlihat satu kejadian dimana sebuah batu yang berbentuk pinggan sedang terapung dan bergerak melawan arus sungai. Kejadian ini terjadi disebatang sungai yang mengalir melintasi kampung pinggan-pinggan. Secara literal nya asal usul nama kampung pinggan-pinggan ini diperlihatkan melalui makna pinggan yang bermaksud bekas untuk meletakkan makanan.

Kampung Pinggan-Pinggan mula dibuka pada awal tahun 1990. Ini dibuktikan dengan penemuan sejarah peningalan penjajahan sebelum merdeka dan berdirinya sebuah sekolah yang merupakan antara sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Pinggan-Pinggan yang tertua di daerah pitas ini.

Kampung Pinggan-Pinggan ini merupakan sebuah kampung tradisional yang didiami olleh penduduk yang berbangsa Bajau secara majoritinya. Sumber ekonomi yang utama di kampung pinggan-pinggan ini adalah nelayan, penduduk kampung bergantung kepada hasil laut sebagai sumber rezeki dan pendapatan penduduk ini juga salah satu faktor penduduk kampung pinggan-pinggan lebih ramai di kawasan persisiran pantai yang kini dikenali penempatan Agropolitan.

(Sumber: Gerakan Daya Wawasan  2015 Kampung Pinggan-Pinggan)

 

 

 

 

 MOTO

MISI

Melahirkan Masyarakat yang berintegriti , bersahsiah dan berpesonaliti

VISI

Gerakan  Daya  Wawasan sebagai wadah pemersatu dan wahana untuk mempersiapkan masyarakat yang mandiri , aspiratif , berkualitas, independent serta  berguna untukbangsa dan negara

MOTO 

Masyarakat sepakat membawa berkat